expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Take A Look At This

Sunday 16 October 2011

TOD's LOAFERS


Diego Della Valle anak kepada Dorino Della Valle dan cucu kepada Filippo Della Valle dan hamba kepada Imran Bukhary..ehem ehem tipu saje..nak jugak inter-frame kan..Filippo lah yang merupakan orang yang pertama dalam family yang mula2 start buat shoe-making business nih pada tahun 1920an dan yang ikot jejak langkah Filippo ialah cucu dia Diego Della Valle yang expended business ni kepada Brand Tod's yang amat terkenal pada masa ni..
Diego Della Valle
Mungkin ade yang terperanjat ungka sebab orang tua ni nampak macam owner ACF Fiorentina..yaaa aku jua agak terkedu..memang orang tua ni owner Italian Serie A Football Club Fiorentina dan juga owner jenama Tod's..begitu kaya kan kau orang tua..huh..aku kaya esok aku beli Kelantan FC..tengok la nanti..huhuhu..

Diego Della Valle merupakan Chairman dan CEO Tod's dan pereka Loafer Tod's yang dinamakan Gommino Loafer..kalau Loafers dia namakan Gommino kalau  Sneakers dia panggil Tod's Hogan..paham?Tod's Gommino Loafers merupakan barangan iconic Tod's (iconic - sesuatu yang terkenal, lama classic..lebih kurang gitu la..nak tau lg lanjut google sendiri..kalau aku salah sila komen..aku sedia menerima kritikan..huhuhu..)..iconic sama naik dengan Hermes' Birkin Bag or Chanel's Tweed Jacket..korang tau la kan Birkin dengan Tweed jacket tu harga cemane..nasib baik la si Tod's ni kira loafer yang mampu milik lagi..


Cun kan..?macam2 kaler ade..
Harga Tod's Loafers nih lebih kurang RM1,799 and above depend pada model and material dia..kalau yang kulit buaya tu mahal la ye..tapi kalau kulit badak murah sket..tapi tu jenama Gombak..belom penah lagi aku dengar ade brand jual produk kulit badak..kalau korang nak jadi shoe-maker korang boleh lah jadi yang pertama jual kasut kulit badak..hari tu aku beli loafer Tod's kat Singapore murah sket dari KL..tapi bukan yang macam dalam gambar tuh..aku punya yang untuk ofis loafer..sebagai hantaran dihari perkahwinan ku..dan yang aku punya tuh classic okayyyy..xde discount tau and one of the iconic suede leather collections..nak tengok sila hadir di majlis pernikahan ku tahun depan..wahhh bukan maen angkuh kan aku..hakkk tuiiii...

Yang kilat2 ni aku xminat

Akan aku sambar satu..yang ni atau

yang nih..wah rambang mataku..kelasss uolsss

Aku nak bagi tau kat korang yang dah beli atau bakal beli xkira la ape jenis atau brand loafer pon tolong la jangan pakai stokin..haa kaedahnye!!!!serious xcomel langsung..lain la kalau untuk ofis loafer..kena la pakai stokin..tapi kalau jenis yang untuk casual gini tolong ye jangan pakai stokin..jangan risau pasal busuk bau cekam kat kaki korang tu..sekarang ni banyak kedai yang jual shoe deodorant atau shoe talcum..sembur seberapa banyak yang korang nak sembur..jangan sembur kat ketiak sudehhh..tapi kalau korang nak jugak sembur kat ketiak aku xpulak nak menghalang ye..hak individu begitu khennn..lagi satu sila buang cagu di celah kuku kaki korang untuk mengelak kaki berbau..dan kepada sesiapa yang tergamak anda boleh mengumpul cagu untuk membuat inti kuih pau..wahkakakaka..

Ni loafer untuk formal ye..harus pakai stokin
Ni aku jumpa video kat Youtube untuk tatapan korang..lepas tengok korang boleh komen ye..Handmade uolsss..made in Italy gitu..


Stylo kan..?tapi ade pakcik tu macam calit taik idun dia kat leather tu..kan kan kan..huhuhu..enjoy....


Friday 14 October 2011

NASIK LEMAK MALIS

Penat sangat hari ni..malas nak mencarut banyak kat dalam blog aku..esok mungkin aku akan cite pasal Tods Loafers..aku baru je sampai rumah dari melepak kt danau kota dengan kawan aku..lame gak la lepak kat Malis dari kol 11pm sampai la kol 3.30am..saje borak2..dah la..aku dah ngantok sangat nih..nah aku bagi korang hadiah sebab korang sudi tengok blog aku nih..




SCROLL BAWAH KALAU NAK HADIAH......





















BAWAH LAGI......





















SKET LAGI......





















LAST......SKET LAGI......





















TADAAAAA......
Nasik Lemak dan....
Sirap bandung....
Jangan marah..esok kite cite pasal kasut plak ekkkk....




Thursday 13 October 2011

HOMESTAY @ BUKIT MERAH LAKE TOWN RESORT

Buat masa sekarang ni aku macam xnak cite pasal barang branded ni..lagi pon bkn nye dapat memajukan perniagaan nasik lemak aku..tapi nanti aku cite gak pasal barang branded..huhuhu..ni aku nak buat tawaran kepada sesape yang nak lari dari kesibukkan kota raya metropolitan ni n bercadang nak pegi bercuti tapi xtau nak pegi mane (selain pegi jahanam huhuhu choyyy..) atau pon dah ade plan nak pegi ke bukit merah boleh la menempah homestay di Bukit Merah Homestay..

Terletak betul2 kat dalam kawasan lake town..berhadapan dengan tasik yang tenang tanpa ade badak berendam kat dalam tu..kalau korang nampak badak berendam kat tasik tu korang diam je..jangan tegur sebab tu semua bidaah semata2..jadi kepada sesapa yang berminat boleh lah tempah dengan aku..ni gambar yang sempat aku tangkap semasa menginap kat sana..

Ni master bedroom..ade bilik air kat tepi gambar nih..ade aircond lagi..wah dingin gitu..
Ni plak bilik bujang sebab ade katil bujamg..juga dingin ade aircond..

Yang ni ade katil single jek..xde aircond..ahh semua nak aircond  kopak la tuan tanah..huhuhu
Sampai sini je gambar bilik..yang kat bawah ni gambar bogel..huhuhu..memang tak la kan nak tarok gambar bogel..nanti ape plak kata masyarakat ye dak..tengok sendiri ye..
Hall ade aircond tau..

Dining

Kitchen yang lengkap dengan segala kelengkapan uols..boleh main masak2



Semua nih gambar gambar aku amek dari balcony..santek x?
Tu je pic yang senpat aku amek masa dok kat situ..kalau nak tau dengan lebih lanjot boleh Click Sini.. facilities boleh tengok kat bawah..

Homestay Service Apartment @ Bukit Merah Lake Town Resort..

RM250 Per night

Facilities
* 2 Bedrooms with aircond (Fully-equipped)
* 1 Bedroom with ceiling fan
* Hall with aircond
* Sofa Set with coffee table
* Iron and Ironing Board
* Refrigerator
* Dining Table Set
* Television
* Cooking Utensil and Cutlery
* Rice cooker
* Electric Kettle
* Barbecue Grills Set(nearby lake)
* Free Parking lot
* 24hours security

Other Facilities
* Mini Market
* Restaurant
* Tennis Court
* Gymnasium
* 45 minutes drive to Penang


Activities
* ECO PARK
* WATERPARK
* ORANG UTAN ISLAND
* CHAIRLIFT
* SKY CYCLE
* ATV
* Spa
* Fish Spa
* And many More

Terms And Conditions
* Reservation need to be done 14 days in advance, Subject on room availability
* Check-In time : 2.00 pm
* Check-Out time : 12.00 noon
* Tariff are WITHOUT breakfast or any meals (Suitable for simple cooking)
* 50% DEPOSIT is require upon apartment confirm
* Once booking is confirmed, no amendment and cancellation will be entertained
* Booking Period : first come first serve
* Pls Booking before Check-In Date, Walk-in   guests will not be entertained

For further details, Any Question or Interested please contact anytime and anyday via email
* nurin_hanani84@yahoo.com /
* bukhary_imran@yahoo.com
or call/sms
* Miss Nurin (012-4023959 @ 013-3503969)
* En. Baharul Azhar (012-4506476)

So sape nak stay boleh la call untuk booking..pasal harga korang call la sendiri..mane tau boleh kurang RM7 ke..ni nak cuti skolah dah bulan depan..baik bertindak segera..Selamat Bercuti..





Wednesday 12 October 2011

GUCCI - LABEL OVERVIEW


ni hari kames..xtau nak buat ape aku pon google pasal Gucci..one of the world luxury-goods brands..cemane ke gamaknye brand ni bley jadi brand yang gila mahal kt dunia fasyen nih..?aku pon teringin nak jadi macam gucci..korang agak kalau aku jual nasik lemak sebungkus RM2,769 laku x..?kenapa plak xlaku..?aku tarok sekor lembu kot kat dalam nasik lemak tu..korang menang xboleh support orang melayu meniaga kan?kalau orang putih jual wallet yang diorang amek kulit kat bahagian bontot lembu tu pastu jual RM2,000 korang beli plak kan..ceh..

kay la..aku nak cite sket pasal Gucci nih..The House of Gucci mula bila founder dia Guccio Gucci ni bukak workshop dan dia punya store (bukan setor yang korang simpan pinggan mangkok tu tau-butik) yang pertama kat Florence Melaka..huhuhu..Florence Italy lorrr..pada tahun gajah..hohoho..pada tahun 1921..
Guccio Gucci
Orang tua hidung besar ni la tuan punya Gucci..makin besar brand dia makin besar hidung dia..betulll...xcaya sudah..dulu masa dia darjah 4 hidung dia kecik je..huhuhu..kat bawah ni plak gambar workshop dia..
stylo kan?
bukan main tekun lagi
Gucci Workshop 1953 
Gini ler gropenye workshop diorang..kat sini lah Gucci buat nama dia..masuk je tahun 40an dan 50an Gucci mula jadi one of the worlds premier luxury-goods brands..ramai la artis yang terkebil2 nak pakai brand dia..artis yang ternama masa tu macam imran eh salah..macam Audrey Hepburn, Grace Kelly and Jackie O (bkn jackie chan yek)..aku pon xtau la diorang ni sape..tapi yang penting diorang ni artis popular masa tu..banyak drama sinetron diorang belakon itu jam..huhuhu..sejak tu la Gucci makin popular..bila tahun 60an dan 70an Gucci one of the worlds most powerful and recognizable luxury brands..
Florence Gucci Store
ni artis nih..macam xbeli ape2 je
Tapi....lewat tahun 70an ade kejadian sket dalam family Gucci ni..ade pertelingkahan dalam membuat keputusan dalam hal business diorang nih..susah untuk membaiki semua dalam keadaan asal dan berlanjutan sampai ade sorang America designer Tom Ford came on board pada tahun 1990..the luxury brand transformed again into a contemporary power player..Tom Ford mengukuhkan, memantapkan, menaikkan balik brand Gucci menjadi billion-dollar empire of interlocking Gs..Mamat ni dahsyat tau..bukan kat Gucci je dia design..kat Yves Saint Laurent (YSL) pon dia jd designer gak..xpe xpe..lain kali kite cite pasal Tom Ford yang dah ade brand sendiri ni..sampai la tahun 1999 Tom Ford buat Gucci kaya raya worth $4.3billion..gila la mamat ni..aku nak amek dia keje dengan aku la jual nasik lemak aku nanti..huhuhu..

Tom Ford keje dengan Gucci sampai tahun 2004 je..dia diganti kan dengan Frida Giannini..dia mula join gucci pada tahun 2002..masa tu dia cuma handbag design director..lepas Tom Ford blah dia jadi Creative Director of Gucci..bukan dia design handbag je..dia Creative Director of Accessories yang control bags, shoes, luggage, small leathergoods, silks, fine jewelry, gifts, watches as well as eyewear..sampai sekarang dia la yang design untuk gucci..ni dia yang dolu2..
Hot kannnn..aku rasa dia mesti mencintai aku..x gitu?
  

Frida Giannini 2011..masih hot
haa macam tu la serba sket cite pasal Gucci nih..kalau aku nk cite detail mungkin sampai raya haji ke-2 pon xtentu aku abis cite..jadi untuk perniagaan nasik lemak aku mungkin aku akan guna Frida Giannini atau Tom Ford..diorang pasti boleh design bungkusan nasik lemak aku dengan santekkkk sekali..tengok la nanti..nasik lemak aku akan jadi world most recognizable nasik lemak..huhuhu..

Tuesday 11 October 2011

10 HANDBAG PALING MAHAL KAT DUNIA

1. The Hermes Birkin bag created by Japanese designer Ginza Tanaka - $1.9 million
Amek ko..sape la yang tergamak nak beli bag ni..tapi jangan korang terperanjat badak kerana bag ni dah dijual pon pada 2008 (baik aku beli 18bijik Ferrari)..made of platinum  dan ade lebih 2,000 bijik berlian..(ooo patut la mahal)..sangat versatile tau, selain boleh jadi handbag also can use the diamond strap (tali bag pon diamond) sebagai rantai atau gelang by removing it from the bag..dekat bag ni sendiri ade 8 carat pear shaped shimmering diamond yang boleh digunakan berasingan..tapi cincin Mariah Carey 10 carat..huhuhu..


2. The Chanel "Diamond Forever" Classic Handbag - $261,000
"Diamond Forever" classic handbag ni ade 334 bijik berlian dalam size 3.56 carat in 18-carat white gold (casing diamond)..sampaikan shoulder strap dia pon made from white gold..cuma ade 13 handbag ni dalam dunia..5 of them ade kat USA (satu kat rumah aku..sshhh jangan kasi tau orang)..


3. Lana Marks Cleopatra Bag - $250,000
Lana Marks ni akan bikin 1 clutch setiap tahun untuk dijual..yang kat dalam gambar ni dibuat dengan metallic silver alligator skin dan dia punya clasp plak ade 1,500 black n white diamond dalam casing 18-carat white gold..makcik nih (Helen Mirren) pakai US$250,000 Lana Marks Cleopatra Clutch semasa 2007 Academy Awards..Lana Marks cuma bagi sorang je bawak dia punya handmade diamond studded design atas crimson carpet (kapet merah)..eee blagak n sombong sungguh si Lana Marks nih..


4. Urban Satchel Louie Vuitton Bag - $150,000
Bag Louie Vuitton nih dibuat daripada urban junk macam kotak rokok, botol air, uncang teh dan band aid..sebenarnye bag ni xmuncul pon dalam pasaran dan bag ni diletakkan bersama2 barangan hasil melucukan..direka oleh artis barat called 14..(boleh laku ke nih)..


5. Hermes Matte Crocodile Birkin Bag - $120,000
Dinamkan selepas penyanyi/pelakon British Jane Birkin..clasp tote bag ni ade 10-carat white diamond..dibuat daripada kulit buaya dan korang boleh beli other version starting price dalam US$5,000..xberani aku nak masuk butik Hermes..tapi penah gak masuk..masuk je ye..huhuhu..


6. Leiber Precious Rose Bag - $92,000
The Precious Rose ni dalam shape perfect flower..ade 1,016 berlian total dalam 42.56 carat..ade 1,169 pink sapphires dan ade 800 batu tourmalines (sila google jika xtau)..cuma ade 1 je kat dalam dunia yang fana nih..huhuhu..




7. LV Tribute Patchwork Bag - $42,000


Ade 20 je kat dalam butik Louis Vuitton di seluruh Europe dan Asia..4 kat butik USA dah pon terjual dengan pantasnye sepantas kelajuan cahaya.. (aku xnampak yang santek pon kat bag ni..selimut kain perca lagi santek)..huhuhu..




8. Gadino Bag by Hilde Palladino - $38,470

Yang handbag kulit buaya ni plak daripada Norwegian designer nama dia Gadino Bag..nama handbag ni plak Hilde palladino yang ade 39 white diamond yang diletakkan strategik dekat dia punya clasps of white gold..giler lah diorang nih..




9. Marc Jacobs Carolyn Crocodile Handbag - $30,000
Salah satu handbag yang popular dari Marc Jacobs yang mempunyai hefty price tag..giler ko..mau nye x..harga dekat RM100,000..made of purple crocodile skin, ade poket kecik dan compartment kat dalam..cun gak la handbag nih..




10. Fendi Selleria Bag - $38,000
One of my favorite designer after Louis Vuitton, Gucci, Burberry and Tod's..boleh ditempah dengan kulit Sable ataupon Chinchilla (sila google)..tapi macam kesian sangat kat Chinchilla tu..sangat comel..two of the rarest and most expensive animal skins..cukup hanya dibuat wallet, kunci, handphone ataupon makeup bag..tapi kalau korang nak gak beli this most expensive bag ni then GOOD LUCK..aku xde plak nak menghalang nanti ape plak kata masyarakat..tapi macam aku cakap sebelom ni, kalau korang banyak sangat duit baik beli Hermes Birkin starting price US$5,000..kalau kat butik Malaysia xsampai RM20,000..bag ni sangat versatile dan sesuai dalam ape jenis majlis pon..serious aku suka tengok pompuan bawak handbag Hermes Birkin..(p/s B nanti i kaya i belikan untuk u kay..ehem ehem)..



HOW TO SPOT FAKE LOUIS VUITTON BAGS


haa skrg ni dah banyak sangat website yang diorang ni claimed jual barang Louis Vuitton original @ authentic..kepada yang suka beli barang branded online ni kena hati2 sket..banyak aku tengok kat eBay yang diorang kata barang diorang ni authentic..padahal xpon..ade yang kata dapat bag ni sebagai hadiah konon tapi xsesuai dengan jiwa..acey podahhhh..woi sape yang bongok xnak LV free nih..?kalau dah original sape yang xnak ye dak..?kalau aku dapat LV imitation @ local @ ciplak @ made in petaling street aku pon xhingin n rasa nak jual..tapi jangan la buat macam tu..simpan je..nanti tersinggung perasaan orang yang bagi tu..huhuhu..

aku ni gila branded so aku tau la sket2 cemane nak compare barang authentic dengan barang yg made in pasar malam atau danau kota nih..hari ni aku nak share pasal barang Louis Vuitton saje..next time kalau ade kelapangan aku share barang lain plak k..benda yang paling basic @ yang paling senang nak tengok LV authentic atau imitation senang je..logo LV kat atas bag @ wallet @ belt @ ape saje,,LV xkan "POTONG"  logo diorang atau "JAHIT" n xkan "TAMPAL" ape2 kat atas logo LV..kalau korang nampak logo LV tu tinggal separuh je korang lupekan je la..tapi kalau korang ni peminat barangan imitation ok boleh terus beli..

tu yang basic je..tapi sekarang nih pengusaha barangan tiruan dah pandai dan diorang buat satu2 barang tu sebijik macam yang original..
nampak x..?kalau macam ni cemane nk tau ori ke x ye dak?ok k meh sini aku nak bagi tau beberapa tips untuk tengok ori ke x..
1. kalau diorang claims barang tu "brand new" n harga plak kurang dari RM1000 kebanyakkan adalah tiruan.
2. kalau logo "LV" dari depan dan belakang bag naik keatas dah sah2 barang danau kota..kenapa ye..?Louis Vuitton hanya guna sekeping material untuk sesuatu produk..bila diorang lipat material nak jadikan bag tu yang kat depan nampak upside kat belakang nampak upside down..paham?
3. kalau "piping" dia bukan kulit, bukan original..tau x "piping" tu ape?bukan paip getah yang korang guna untuk cuci berak tu..ni haa..tengok gambar kat bawah
4. kalau korang tengok jahitan dia macam buruk, xsama besar ataupon macam jahit xsiap jangan beli ye..
5. kalau nampak "handle" bag tu lain kaler dengan dia punya kaler "piping", bag tu local..
6. kat tepi "dust bag" mesti diorang potong bulat sket @ kalau xde dust bag bukan ori..
7. kalau ade "hanging tag" kat bag tu atau ade tag yang sangat terang kaler nye, bag tu local..
8. cuba tengok 2 keping gambar kt bawah ni..tengok betapa "symmetrical" @ sama logo dia walaupon dari tengah tepi atau kat mane je korang nak tengok..
kalau korang "draw" satu line kat tengah2, korang akan nampak macam "mirror image" kat "both side"..
kat sini plak aku nak bagi tau langkah2 sebelom beli bag LV..
1. pastikan bag yang korang nak beli tu bag yang "made by Louis Vuitton"..tengok kat manufacture Louis Vuitton punya website dan pastikan model dan kaler adalah serupa..memang model diorang yang jual imitation ni dekat nak serupa tapi kaler barang local adalah kaler yang xpenah digunakan oleh Louis Vuitton..

2. kalau beli monogram tu pastikan dulu dia punya "AUTHENTICITY"..generally monogram LV ni sangat symmetrical from side to side..so tengok overall bag monogram tu symmetrically placed kat tempat yang sama  dari handle atau side dia..

3. tengok plak stitching mesti sama dan lurus..lagi satu Louis Vuitton akan jahit jumlah jahitan yang sama dekat model yang sama dan tempat yang sama..contoh leather tab yang ade kat handel kat ape2 size "Louis Vuitton Speedy Bag" mesti ade 5 jahitan..kalau nampak ade 4 jahitan tu bag tiruan..

4. bau..ni jarang orang tau..bau barang LV ni lain..kalau yang tiruan punya bau dia hapak..tapi yang original ade bau tersendiri..korang cium la sendiri bau dia k..

5. xsemua barang Louis Vuitton made in France..yang bukan made in France pon ori gak..ok manufacture dia ade kat France (ofcoz la kan), USA, Spain, Italy n German..code for each country pon berbeza ye..tengok kat bawah ni..

France:  A0, A1, A2, AA, AN, AR, AS, BA, BJ, CT, DU, ET, FL, MB, MI, NO, RA, RI, SD, SL, SN, SP, SR, TH, VI

USA:  FC, FH, LA, OS, SD

Spain:  CA, LO, LB, LM, LW

Italy:  CE, SA

Germany:  LP



ok sekarang kita ke bahagian cemane nak baca code untuk tau dia made in kat mane n tarikh barang tu di buat..
contoh 1
serial number "SP 0011" means bag ni made in France dan di buat pada January 2001..korang amek first n third digit as the month : 01 means January pastu korang amek second n forth digit as the year : 01 means 2001..

contoh 2
serial number "LA 0999" maksudnye made in USA pada 09 (means September, take first n third digit), year 1999 (take second n last digit 99 meaning year 1999)

sejak January 2007, Louis Vuitton dah tukar sistem cara lain untuk baca serial number..sebelum ni nombor pertama dan ketiga mewakili bulan kan, tapi diorang tukar jadi minggu plak untuk serial serial number bag diorang..
contoh 1
serial number "VI 2007" means bag ni made in France..dibuat pada minggu ke-20 dan tahun 2007..minggu ke-20 ni lebih kurang awal bulan May gitu..

contoh 2
serial number "MI 2120" means bag ni made in France dan dibuat pada minggu ke-22 tahun 2010..korang ni paham ke x ye..?kalau xpaham pandai2 la belajar sendiri..huhuhu..
made in France on May 1998
made in France on March 2000
sekarang semua pon aku dah ajar mane yang aku tau kt korang..lepas ni aku harap dah xde la orang yang kena tipu dengan barang imitation ni..sebagai peringatan "IMITATION IS NOT A FASHION"..kalau korang xmampu nak beli barang yang 1st class ni korang beli la barang yang 2nd class..contoh macam Armani Exchange ke Guess ke Zara ke..janji bukan barang tiruan..memang barang diorang mahal..tapi instead of quality diorang memang terbaekk..kalau nak pakai boleh pakai 4 5 tahun atau lebih daripada bag imitation yang harga pon paling murah dekat RM100-RM150 tapi dalam masa 4 5 tahun kena beli 30 bag sebab pakai 2 bulan dah koyak..tapi aku xla nak halang korang nak beli imitation..terpulang pada citarasa masing2..ok la babai..

Monday 10 October 2011

ELIE SAAB

anda kenal dengan beliau..?dia ni fesyen designer berasal dari Lebanon..barang dia Masyaallah banyak mahal lah..meh aku cite sket pasal mamat nih..

dia berasal dari Lebanon(tau lah..bape kali nak ulang)..dia minat jahit baju dari umur 9 tahun lagi..sebenarnye dia mula jahit baju untuk adik badik dia..pastu lame2 dia jahit untuk kazen pastu mak su pastu mak andak mak teh dan bermacam mak lagi..sampaikan jiran makcik jenab pon tempah baju kat dia..lepas dari jiran la yang dia makin dahsyat..1982 umur 18 tahun dah bukak workshop sendiri kat Beirut Lebanon(bukan workshop kereta ye anak anak)..kagum aku..dia ni plak xde sesape yang ajar dia jahit..dia self-trained sendiri tau x..tu masa kecik2 la ye..tapi dia tau dari kecik dia akan menjahit untuk hidup..sekarang nah kau..kaya raya..

1981 setahun sebelum dia bukak kedai dia kat Beirut dia blaja fesyen kat Paris..mungkin xbley blah dia balik bukak dia punya main workshop..haa tahun 1997 dia adalah insan non-Italian designer yang pertama yang menjadi ahli Camera Nazionale della Moda (google lah sendiri kalau xtau) dan dalam tahun yang sama dia memperkenalkan kepada dunia dia punya collection luar Lebanon di Rome..

1998 dia start dia punya sedia untuk pakai (ready-to-wear) kat Milan dan dalam tahun yang sama dia join fashion show kat Monaco yang dihadiri oleh Princess Stephanie of Monaco..wah kagumnye..mesti bontot dia kembang kan masa tu..huh..

2002 kejayaan bertambah2 bila dia berjaya untuk mendress up pemenang Oscar - Halle Berry..dia menang sebagai pelakon terbaek dengan memakai baju burgundy gown by Saab..
cun gak kan?pastu disebabkan santek sangat gamaknye (memang santek pon) sekali lagi mengenakan dress by Saab..kali ni gold dress plak..
2003 bln mei dia di jemput untuk join jadi member Chambre Syndicale de la Haute Couture (ni pon kalau xtau boleh google)..julai  2003 dan masa tu la dia menunjukkan dia punya collection dalam bahasa France nye haute couture collection atau 'high sewing' ataupon 'high dressmaking' (aku dah explain-xpayah google)..dia punya first ready-to-wear collection kat Paris ialah Spring-Summer 2006 collection dan sekarang Paris adalah dia punya ready-to-wear runway.

Elie Saab dah dress up Mila Kunis, Rihanna, Kristen Stewart, Victoria, Elsa Zylberstein, Elena Anaya, Celine Dion, Catherine Zeta-Jones (oh sayangku), Angelina Jolie (aku cinta padamu Angie), Christina Aguilera, Anna Kendrick, Aishwarya Rai, Beyonce dan yang paling dahsyat ialah Queen Rania of Jordan dan Crown Princess of Sweden..

butik Elie Saab ade kat Beirut, Paris dan London..kat Harrods n Selfridges pon ade..tapi hasil kerja dia ade kat macam2 negara..cuma kat Malaysia xde..

2011 dia memperkenalkan perfume pertama iaitu Le Parfum Elie Saab perfume
bau dia memang wangi wei..serious sangat wangi..hanye wanita saje ok..sekian terima kasih